Ali Puteh perjelas isu ambil handphone, beg duit, kereta Abam
  • 4 years ago
Pelawak Ali Puteh hari ini menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan oleh kakak iparnya, Siti Nurhidayah dua hari lepas, iaitu pengambilan telefon bimbit, beg duit dan kereta Abam Bocey.

Dalam satu temubual di akaun instagram Ria x, Ali berkata dia memegang telefon bimbit Abam kerana sedang menyelesaikan beberapa hal berkenaan hutang-hutang dan kerja Abam sebelum ini.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, turut menjelaskan salah faham berkenaan dengan kereta dan beg duit Abam.

Tegasnya, beliau tidak akan menganiaya Nurhidayah dan anaknya, Syed Umar kerana itu adalah warisnya.

Minggu ini tular isu berkenaan kononnya Nurhidayah dianiaya oleh keluarga Ali selepas kematian pelawak Allahyarham Abam Bocey.