"Tak bawa anak ke klinik? Itu tipu, dusta semuanya! - kata Ali Puteh pada balu Abam
  • 4 years ago
Dalam satu temuramah di laman instagram Ria x, Ali Puteh mengatakan dakwaan kakak iparnya Siti Nurhidayah tidak dibenarkan menggunakan kereta untuk membawa anaknya ke klinik adalah tidak benar.

"Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.

"Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta," katanya.

Sebelum ini, Nurhidayah mendakwa terpaksa membawa anak ke klinik dengan menaiki Grab dalam video temubual bersama Aliff Syukri.