Menteri perjelas sebab usul tergempar darurat bencana di Pasir Gudang ditolak
  • 5 years ago
Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar darurat bencana yang dibawa Ahli Parlimen Pasir Gudang Hasan Abdul Karim berkaitan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Johor.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata perkara itu dibuat selepas tiada permintaan daripada kerajaan negeri Johor kepada pengurusan bencana pusat.Menurutnya lagi, pihaknya membenarkan usul itu dibawa bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengambil berat masalah pencemaran sisa toksik itu.