Guan Eng mahu Abdul Hadi perjelas isu UMNO 'lembu', DAP 'babi'

  • 8 years ago
DAP menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan kasar “babi DAP” terhadap mereka.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, jika Hadi tidak mengeluarkan kenyataan itu, beliau patut membersihkan namanya dengan menyaman akhbar yang melaporkannya.