"You apasal pukul saya?" - Anggota MPSJ balas pukulan warga emas

  • 4 years ago
Seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dirakam bergelut dengan seorang lelaki warga emas sehingga menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan.

Difahamkan, anggota MPSJ itu sedang menjalankan tugas menunda kereta milik warga emas kerana menghalang lalu lintas.

Kerana tidak berpuas hati keretanya ditunda, lelaki warga emas itu menyerang anggota itu dengan payung sebelum anggota itu membalas dengan satu tumbukan.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala seperti yang dirakam dalam video yang tular di media sosial.