Chong Wei layak ke suku akhir, cubaan rangkul emas bermula
  • 8 years ago
Datuk Lee Chong Wei berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain Singapura, Derek Wong Zi Liang dengan 21-18, 21-8. di Sukan Olimpik Rio 2016.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, dia mengambil masa 35 minit untuk menduduki carta teratas, dan ini bermakna cubaan untuk merangkul pingat emas baginya bermula.

Bagaimanapun, Chong Wei selaku pilihan utama, mendapat bye pada pusingan pertama (16 pemain) dan kemungkinan bertemu pemain Taiwan Chou Tien Chen atau pemain Hong Kong, Hu Yun di peringkat suku akhir pada Rabu.