Grace: Rekod baru dan emas ini buat mendiang ibu
  • 7 years ago
Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei mahu mendedikasikan kejayaan meraih pingat emas dengan memecahkan rekod Sukan SEA hari ini, kepada mendiang ibunya yang meninggal dunia empat bulan lepas.

Ibunya, Lina Awaru yang berasal dari Papua New Guinea meninggal dunia pada 14 April lalu, ketika atlet berusia 17 tahun itu memecahkan rekod kebangsaan dengan balingan 60.99m semasa kem latihan selama dua bulan di Korea Selatan.

Walaupun tidak mencapai catatan peribadi terbaiknya hari ini, atlet berasal dari Sarikei, Sarawak itu mengukir namanya dalam buku rekod Sukan SEA apabila melakukan balingan sejauh 59.24m di Stadium Nasional di sini, mengatasi rekod lama 56.57m milik Mingkamon Koomphon dari Thailand pada edisi lalu di Singapura.