Video: Kemalangan ngeri, bas terbalik, 33 warga emas maut
  • 7 years ago
33 warga emas maut dan 12 yang lain cedera dalam nahas melibatkan sebuah bas persiaran yang dianggap kemalangan paling buruk di Taiwan sejak lebih tiga dekad lalu.

Kumpulan 44 orang pelancong itu dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas melawat sebuah ladang ketika musim pokok sakura berbunga di rantau Taichung apabila bas yang mereka naiki tergelincir sebelum terbalik ketika menghampiri lebuh raya di pinggir Taipei.

Jurucakap polis lebuh raya, Ma Ling-wen berkata, had laju di tanjakan itu ialah 40 kilometer sejam tetapi pihaknya masih belum pasti kelajuan bas itu dipandu.

Rakaman televisyen menunjukkan bahagian atas bas remuk teruk sementara semua penum­pang tercampak keluar ke bahu jalan