'Pusingan kedua vaksin AstraZeneca utamakan warga emas' - KJ
  • 3 years ago
Kerajaan akan sekali lagi membuka pendaftaran imunisasi secara sukarela bagi vaksin AstraZeneca, kali ini dengan keutamaan terhadap warga emas, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata, mereka yang berminat untuk mendapatkan vaksin itu boleh mendaftar secara dalam talian pada 23 Mei ini.

Kali ini, pemberian vaksin itu akan diperluaskan dengan melibatkan tiga negeri, iaitu Johor, Sarawak dan Pulau Pinang, selain Lembah Klang.



Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=939992100154363&ref=watch_permalink