"Saya boleh jadi pemimpin lebih popular kalau perjuang ketuanan Melayu"

  • 4 years ago
"Saya boleh pilih menjadi pemimpin lebih popular di negara ini, jika saya memperjuangkan ketuanan Melayu. Tapi saya memilih untuk memperjuangkan apa yang benar dan adil."

Begitu kata Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.

Katanya lagi, beliau dihentam keras kerana dianggap tidak kuat memperjuangkan hak Melayu sedangkan selama ini beliau konsisten memperjuangkan isu-isu seperti bahasa Melayu dan kemiskinan rakyat.