PPSMI mungkin nak tutup masalah dalaman PH - Hadi

  • 4 years ago
Isu pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diangkat semula berkemungkinan untuk menutup masalah dalaman parti-parti gabungan PH, kata Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, perkara itu belum lagi diputuskan secara rasmi malah tidak dibincangkan kedudukan perkara itu oleh PH sendiri.

"Tunggu (tengok) selepas ini. PH pun belum menentukan kedudukannya (cadangan PPSMI)."

"Mungkin isu ini ditimbulkan (sebab) nak tutup masalah dalaman parti-parti dalam PH," katanya pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk 'Pemetaan Baru Dunia' sempena 30 tahun membangun bersama Islam di Kota Bharu, malam tadi.