Saya bukan nak kipas Mahathir - Hadi Awang
  • 4 years ago
PAS mempertahankan usaha parti itu membentangkan undi percaya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata usaha itu selari dengan proses demokrasi walaupun terdapat pihak yang menjadi “penakut” ketika berdepan usul itu.

“Dan kita (PAS) tak takut, tapi ada orang yang ‘penakut’. Takut apa? Bukan saya nak kipas, saya nak selamatkan rakyat. Lebih kepada melibatkan rakyat."

Menurutnya lagi, undi percaya harus diberikan kepada Dr Mahathir supaya berkhidmat sehingga habis penggal kerana dia mempunyai pengalaman paling lama sebagai Perdana Menteri.