Terima kasih Tun selamatkan negara - Hadi Awang
  • 4 years ago
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana berjaya memimpin negara dalam keadaan yang mencabar.

"Dengan satu gabungan yang sangat rapuh, dan beliau adalah satu tokoh yang berjaya menukar kerajaan itu."


"Tidak boleh dinafikan. Kerana sebelumnya tokoh-tokoh lain dikemukakan, tapi gagal."

"Bila nama beliau dicalon sebagai perdana menteri, maka berlaku satu perubahan," katanya dalam siaran langsung di Facebooknya malam tadi.