Kerajaan kesal Sajat berpakaian wanita tunai Umrah

  • 4 years ago
Kerajaan kesal dengan tindakan ahli perniagaan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzaman yang berpakaian wanita semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan itu telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Mujahid juga berkata beliau difahamkan semasa Sajat menaiki kapal terbang, Sajat berpakaian lelaki.

Namun apabila sampai di Makkah, Sajat berpakaian telekung seperti wanita dan menunaikan sembahyang di tempat jemaah wanita.

Menurut Mujahid lagi, agensi pelancongan yang membawa Muhammad Sajad, 35, sepatutnya sedia maklum dengan status lelaki itu.