Paul Pogba sambut Ramadan dengan tunai umrah

  • 7 years ago
Pemain termahal dunia, Paul Pogba menyambut Ramadan dengan menunaikan umrah di kota suci Mekah.

Melalui laman rasmi Facebook dan Instagram beliau memuat naik video ketika berada di perkarangan Masjidil Haram.

Namun, Pogba tidak menyatakan tempoh beliau akan berada di Tanah Suci.

Pogbayang kini berehat selepas tamat Liga Perdana Liga Perdana Inggeris akan kemabli beraksi untuk peringkat antarabangsa bulan depan, dengan enam perlawanan pra-musim United di Amerika Syarikat dan Norway.