'Anda yang tentukan sama ada boleh sambut atau tidak Ramadan dan Aidilfitri'
  • 4 years ago
Dengan Ramadan akan tiba tiga minggu lagi sebelum disusuli Aidilfitri pada akhir Mei, terpulang kepada orang ramai memastikan perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak dilanjutkan dan rakyat boleh merikan perayaan itu, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

"Ramai yang tertanya apakah PKP kedua akan dilanjutkan? Adakah pada bulan puasa PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkah kita berhari raya dan sebagainya. Saya tahu ramai rakyat ingin kembali kepada kehidupan biasa,

"Yang boleh memastikan toada PKP ketiga atau keempat, dan membolehkan kita berhari raya seperti biasa, adalah tuan-tuan dan puan-puan sendiri," katanya pada sudang media hari ini.

Ramadan dijangka bermula pada 23 April, hanya seminggu selepas tempoh PKP tampat. Aidilfitri dijangka pada 23 Mei.

Recommended