1 Syawal tidak boleh ditunda tetapi sambutan Aidilfitri mungkin dilewatkan

  • 4 years ago
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata umat Islam harus menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi mereka boleh menangguhkan perayaannya.

Bercakap kepada TheStar, wajib bagi umat Islam menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa dan menunaikan solat Hari Raya pada hari pertama Syawal.

Namun umat Islam boleh menangguhkan sambutan perayaan seperti rumah terbuka dan sebagainya ke satu masa yang lain kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, beliau akan berbincang bersama Majlis Fatwa Kebangsaan selepas mendapat pandangan para ulama.