Iran bedil pangkalan tentera AS di Iraq selepas pengebumian Qasem Soleimani
  • 4 years ago
Iran melepaskan tembakan roket pada awal pagi Rabu ke atas pangkalan udara Iraq Asad, yang menempatkan tentera AS, beberapa jam selepas pengebumian Qasem Soleimani.

Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran terbunuh dalam serangan udara oleh AS pada Jumaat lepas.

Agensi berita Iran, Mehr, berkata Pengawal Revolusi Islam Iran telah menyasarkan pangkalan itu. Tehran sebelum ini berikrar membalas pembunuhan Soleimani.

Masih tidak jelas setakt ini kesan kerosakan atau kecederaan di pangkalan berkenaan.

Terdahulu pada Selasa, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper berkata AS harus menjangkakan pembalasan dari Iran atas pembunuha Soleimani.