Kerajaan setuju tangguh laksana BPIK
  • 4 years ago
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang sebelum ini diumumkan berkuatkuasa Januari depan melibatkan pelantikan baru penjawat awam.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan perkara itu selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

“Sebentar tadi saya baru berbincang dengan Dr Mahathir berkenaan isu elaun kritikal dalam pekeliling baru JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

“Alhamdulillah PM telah bersetuju untuk menangguhkan pekeliling itu dan Kabinet akan bersama membincangkan isu ini pada mesyuarat Kabinet pertama, Januari akan datang,” katanya dalam satu klip video yang dimuatnaik di Facebook rasminya.