Mahasiswa tuntut kerajaan laksana 2 janji dalam manifesto

  • 6 years ago
Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto HARAPAN berkaitan beberapa perkara pada kadar segera.

Dua tuntutan utama terhadap janji manifesto kerajaan iaitu Janji 27: Menghapus undang-undang zalim dan Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi.