Petani, nelayan tuntut kerajaan tangani isu keselamatan makanan
  • 2 years ago
Sekumpulan petani, penternak dan nelayan berhimpun di luar Parlimen bagi menghantar memorandum yang menuntut kerajaan menjamin pengeluaran makanan negara dengan menangani isu-isu yang dihadapi mereka.

Antara perkara yang dituntut ialah supaya kerajaan mengiktiraf tanah yang digunakan untuk pengeluaran makanan sebagai tanah sensitif untuk mengekalkan keselamatan makanan.

Mahfuz Omar (PH - Pokok Sena), Sim Tze Tzin (PH - Bayan Baru) dan Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) menerima memorandum berkenaan bagi pihak pembangkang manakala tiada wakil dari pihak kerajaan.