Kerajaan tangguh kenaikan tol Kesas, SKVE dan LPT2
  • 3 years ago
Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol di tiga lebuh raya yang sepatutnya bermula tahun ini sehingga 31 Disember depan.

Penangguhan berkenaan melibatkan tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari 2021, iaitu Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).