Fenomena gerhana : Orang Islam kini ketinggalan dalam bidang astronomi tidak seperti dulu

  • 4 years ago
Dalam Khutbah Gerhana Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin menyarankan umat Islam untuk mengingatkan diri dan keluarga, Islam senantiasa dengan urusan alam.

Maka dengan itu, dia menyarankan umat islam harus dalami ilmu astronomi seperti zaman kegemilangan suatu ketika dulu yang menguasai kecanggihan bidang sains dan teknologi.

Dia berkata orang islam tertinggal di belakang sehinggakan untuk mengetahui aturan gerhana terpaksa merujuk orang bukan islam.

Dia berkata demikian selepas Solat Sunat Gerhana Matahari Separa di Masjid Alwi Kangar Perlis