'Rakyat gusar harga barang tak turun, sama seperti dulu'
  • 6 years ago
Bekas menteri penerangan, Tan Sri Rais Yatim berkata rakyat Malaysia kini gusar kerana harga barangan dan kos sara hidup tetap sama meskipun kerajaan telah bertukar.

Dalam wawancara Malaysiakini, katanya, dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) menjanjikan kenaikan kos sara hidup akan dapat diatasi sekiranya mereka berkuasa.

Bagaimanapun, Rais berkata keadaan hidup rakyat pada tetap sama sepeti sebelum PRU lalu.