'Gelombang ketiga seperti tsunami jika rakyat ingkar arahan'

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai untuk berada di rumah dan mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Dalam satu kenyataannya di Facebook, beliau berkata kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyebaran wabak Covid-19 menjadi lebih buruk.

Katanya, sekiranya rakyat Malaysia mengambil sikap tidak kisah, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga Covid-19 yang akan menjadi lebih besar seperti tsunami.