'Dulu kata BR1M dedak, kini tukar pada basah (BSH)!'
  • 5 years ago
Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki ada cara unik jika orang ramai mahu menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pengumuman Bantuan Sara Hidup (BSH) wang tunai RM100 kepada individu bujang baru-baru ini.

Dalam salah satu kempen BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, dia mencadangkan oang ramai membeli dua biji gula-gula Hacks, dan menghadiahkannya kepada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian pada majlis Ceramah Perdana Pentas Anak Muda di padang sepak takraw pusat daerah mengundi (PDM) Kantan Permai, semalam.