"Saya tidak takut berhadapan sorakan pengkhianat"- Tian Chua

  • 4 years ago
Naib Presiden PKR, Tian Chua “diboo” perwakilan beberapa kali ketika menyebut nama Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang meninggalkan Kongres Nasional parti separuh jalan semalam kerana tidak berpuas hati dengan ucapan dasar Presiden, Anwar Ibrahim serta perbahasan perwakilan.

Walaupun berulang kali diganggu, bekas ahli Parlimen Batu itu tetap meneruskan ucapan dengan berkata, beliau tidak takut untuk berdepan perwakilan.

“Suruh pecah dan cakap pengkhianat. Kami ini tidak takut untuk pertahan parti.

“Saya tidak pernah lari daripada perjuangan, itulah sebab saya kembali. Di sini biar jangan berpura-pura,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR di sini, hari ini.

Recommended