Wallahi, Wabillahi, Watallahi! 'Saya tak takut!'

  • 4 years ago
Selepas diasak ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mahu beliau bertanggungjawab termasuk ‘meletak jawatan’ sekiranya berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan berhubung tender kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Melaka, Selangor dan Perlis.

Menurutnya, beliau bersedia meletakkan jawatan jika wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pemberian tender berkenaan.

“Kalau ada salah guna kuasa, penyelewengan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan ini salah guna kuasa, saya jadi orang pertama yang letak jawatan.

“Saya tak takut... saya tidak takut dalam bab ini. Saya boleh namakan satu persatu tender sebelum ini dilakukan melalui rundingan terus dan limited tender (tender terhad)... projek terbengkalai... puluhan juta dibazirkan dan kontrak pergi kepada rakan-rakan sejawat dalam UMNO Bahagian. Saya boleh buktikan,” katanya pada sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 kementeriannya di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang mahu Syed Saddiq memberi pencerahan berhubung isu tender terbuka makanan bermasak kepada tiga IKBN kepada sebuah syarikat yang sama.

Susulan itu, anggota parlimen PH turut tampil mempertahankan Syed Saddiq.

RSN Rayer (PH-Jelutong) yang turut mencelah mencabar Jalaludin supaya sedia untuk letak jawatan jika terbukti pemberian tender itu melalui saluran ditetapkan.