'Saya tak isytihar harta, saya tak setuju'
  • 5 years ago
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim tidak bersetuju dengan usul mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan usul sebulat suara supaya semua ahli parlimen, daripada kerajaan dan pembangkang wajib mengisytiharkan harta mereka, isteri, dan anak-anak kepada speaker Dewan Rakyat.