Belum isytihar harta, Hadi kata yang penting ikhlas

  • 5 years ago
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengulang kembali pendiriannya bahawa tiada keperluan untuk anggota parlimen mengisytiharkan harta mereka.

Ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno 2019 di PWTC, beliau berkata perkara itu hanya manifesto Pakatan Harapan (PH) dan bukannya tuntutan undang-undang.

“Tidak, itu (pengisytiharan harta) lebih kepada manifesto Pakatan Harapan.

“Dari segi undang-undang dan perlembagaan ia masih menepati (jika tak isytihar), yang penting ikhlas. Kalau tidak ikhlas, tidak ada maknanya,” katanya ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof mengumumkan sejumlah 160 daripada 222 anggota parlimen yang telah menyerahkan borang akuan pengisytiharan kepada Dewan Rakyat.

Sejumlah 62 anggota parlimen pembangkang tidak berbuat demikian, termasuk 18 orang daripada PAS dan 36 daripada Umno