Jaga adab, jangan biadap

  • 5 years ago
Beberapa penuntut Universiti Malaya, mengadakan protes balas kepada beberapa pelajar yang melakukan protes berani dengan melaungkan slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya sejurus selepas menerima skrol ijazah baru-baru ini.

Wong Yan Ke, sambil berjalan turun ke bawah pentas sempat berhenti sebentar, membuka plakad dan melaungkan: “Tolak rasis. Undur VC. Ini Tanah Malaysia”.

Wong berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.