'Kita perlu jaga kesihatan ahli parlimen' - Dr Dzul
  • 4 years ago
Susulan kejadian yang melibatkan Anggota Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, yang rebah selepas 30 minit Dewan Negara baru bermula, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mencadangkan pemeriksaan kesihatan dijalankan.

“Saya cadangkan parlimen buat pemeriksaan kesihatan untuk semua 222 ahli parlimen. Sebab saya lihat rata-rata setiap ahli parlimen kerja dengan rajin sehigga mereka terlupa jaga kesihatan masing-masing.

“Saya harap parlimen boleh pertimbangkan,” kata ahli parlimen dari DAP itu.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kemudian tampil dan berkata kementeriannya sedang meneliti perkara berkenaan.

Perkara itu sedang kita pertimbangkan. Telah berbincang dengan KP Kesihatan sebenarnya.

“Kita perlu jaga kesihatan ahli parlimen kita,” katanya kepada Dewan.

Pada 21 Oktober, Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengejutkan ahli parlimen apabila rebah semasa membahaskan Belanjawan 2020.

Selepas bantuan awal, Mansor kemudian dilaporkan sedar semula dan dibawa keluar dari dewan dengan kerusi roda.