Parti politik perlukan dana, tapi tidak mahu masuk poket sendiri

  • 5 years ago
Kerajaan bersedia membentangkan dua rang undang-undang (RUU) bagi pembiayaan politik pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, RUU tersebut sangat penting bagi membolehkan mana-mana parti merekodkan sumber dan jumlah kewangan masing-masing.

“Parti politik memerlukan duit tetapi kita tak mahu ada orang kutip duit atas nama parti dan masuk poket sendiri.


"Jadi perlu ada dokumen khusus menunjukkan bukti duit diberi, berapa jumlahnya dan sama ada ia betul derma,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-10 di pejabatnya di sini hari ini.

Recommended