"Tak munasabah ambil duit kerajaan masuk akaun sendiri." - Shafee

  • 4 years ago
Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Shafee Abdullah hari ini mengulas kenyataan Najib di mahkamah bahawa "saya mungkin bukan orang yang paling bijak tetapi saya tidak sebodoh itu."

Najib berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela Farhan Read, yang bertanya tentang cadangan pendakwaan bahawa tertuduh meletakkan kroni dalam lembaga SRC untuk memindahkan RM42 juta ke dalam akaun banknya.

Menurut Shafee, adalah sangat tidak munasabah bagi seorang Perdana Menteri untuk mengambil wang dari syarikat kepunyaan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan, memasukkannya ke dalam akaun peribadi dan tidak menyembunyikan perbuatan itu.