Duit 1MDB ke akaun Umno? Najib 'bersuara'
  • 6 years ago
Bekas Perdana Menteri Datuk Ser Najib Abdul Razak menafikan bahawa RM470 juta diagihkan di kalangan bekas parti komponen BN sebelum PRU13 datang dari duit 1MDB.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya RM470 juta masuk ke pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.

Umno menerima bahagian terbesar itu iaitu sebanyak RM417.4 juta atau 88.8 peratus daripada dana itu. Penerima terbesar seterusnya adalah MIC dengan jumlah RM20.55 juta, dan MCA sebanyak RM16.5 juta.

Menurut laporan portal itu juga wang tersebut diagihkan ke pelbagai sayap parti dan juga perpustakaan parti.