Nak kata Putra rasis? Tak ada masalah, Alhamdulillah - Ibrahim
  • 5 years ago
Presiden Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali menyelar sesetengah pihak yang saban hari tidak habis-habis mendesak pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik untuk diusir pulang ke India.

Ibrahim berkata beliau sendiri ada berhubung dengan Zakir melalui telefon bertanyakan dengan ucapannya yang tular di media sosial mengenai penganut Hindu di negara ini.

Kata Ibrahim, Zakir memberitahunya bahawa ucapannya diambil di luar konteks oleh media sosial.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.