PRK Tg Piai: Hishammuddin lega, bukti BN tak rasis
  • 4 years ago
Keputusan meletakkan pemimpin MCA sebagai calon untuk PRK Tanjung Piai membuktikan BN tidak mengamalkan politik perkauman, kata bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.

Malah Hishammuddin yang merupakan anggota parlimen Sembrong itu berkata ia berlaku selepas pemeteraian Piagam Muafakat Nasional antara PAS dan Umno dikritik sesetengah pihak sebagai perkauman.

“Saya lega untuk (PRK) Tanjung Piai ini. Apa yang penting BN buktikan bahawa kita bukan parti perkauman.

"Saya juga tengok penerimaan jentera dan orang Melayu (di sana) akan membuka landskap baru dalam politik Malaysia," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.