'Ini bukan masalah kecil, ini masalah negara'
  • 5 years ago
Beri ruang kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk melaksanakan tugas dan tanggngjawab kepada negara, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Kata Rina, ruang itu perlu diberikan supaya fokus isu tentang pembangunan negara dapat dilaksanakan dan menyelesaikan masalah rakyat.

Rina mengulas isu kewajaran Dr Mahathir untuk kekal menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Rina berkata demikian selepas hadir di Majlis Hi-Tea bersama Pelajar Cemerlang Budi MARA di Putrajaya hari ini.