PKR: Bajet 2016 tak selesai masalah utama negara

  • 9 years ago
Parti Keadilan Rakyat menyifatkan pembentangan Bajet 2016 yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini sebagai belanjawan yang paling teruk kerana tidak menyelesaikan masalah utama yang dihadapi negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, bajet itu juga sekadar mengalih perhatian umum terhadap isu 1MDB.