Kita bukan bersikap inklusif, bersedia buka ruang

  • 5 years ago
Timbalan Presiden PAS berkata dalam ucaptama, PAS kekal terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik, asalkan dasar yang diperjuangkan tidak dipertikai.

Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kesediaan PAS itu terbukti menerusi persepakatan dengan DAP dan PKR sebelum ini, walaupun terputus di pertengahan jalan.


Kita parti inklusif dan kita bukan bersikap ‘kita sendiri’ yang tidak boleh bersama parti lain.

”Kita sedia buka ruang, asalkan dasar yang kita bawa dihormati.

“Ketika ini, kita ada jawatankuasa induk dan teknikal dengan UMNO bagi mencari kesepakatan,”