Kereta terbang : Kita tak bersedia, nanti kesesakan lalulintas

  • 5 years ago
Dr Mahathir berkata Malaysia belum bersedia menggunakan kereta terbang sebagai salah satu sistem pengangkutan negara.

Perdana Menteri berkata, jika semua rakyat memiliki kenderaan itu, ia akan menyebabkan masalah lain di masa hadapan.

“Kereta terbang akan terbang satu hari nanti tetapi bukan hari ini. Mungkin satu hari nanti boleh terbang guna dron. Buat masa ini, kita belum bersedia.

“Memang ramai bercakap mengenai kereta terbang. Bayangkan jika semua orang ada kereta terbang, nanti sesak pula di udara dan polis trafik pun kena terbang sekali,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 di sini,