'Kami bersedia, tapi ATM bukan satu-satunya agensi bantu bencana'
  • 2 years ago
Angkatan Tentera Malaysia mengingatkan semua pihak bahawa pasukan itu bukan satu-satunya agensi kerajaan dalam menangani bencana dan akan memberi bantuan mengikut kemampuan pasukan tersebut ketika itu.

Panglima ATM Affendi Buang berkata, tugas utama pasukan itu adalah menjaga sempadan negara daripada ancaman luar, termasuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.