Pesaka: Kami bukan 'baju merah'

  • 9 years ago
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Seri Ali Rustam hari ini berkata perhimpunan anjurannya pada 16 September ini tidak ada kena mengena dengan program Himpunan Maruah Melayu.

Justeru, Ali berkata mana-mana pihak yang mahu mencetuskan keganasan atau kebencian kaum perlu menjauhi acara berkenaan dan diminta tidak menghadirinya.