‘Baju merah’ serlah kegagalan moral Umno - Anwar

  • 9 years ago
Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya bahawa pemimpin Umno sudah kehilangan moral apabila menyatakan ahli parti itu bebas menyertai perhimpunan berasaskan kaum ‘baju merah’ pada 16 September ini.

Beliau yang kini merengkuk di Penjara Sungai Buloh menerusi satu nota yang dikeluarkan oleh PKR membidas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga adalah menteri dalam negeri.