'Buka ruang kerjasama bersyarat dengan pasukan Mahathir'

  • 9 years ago
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendirian bahawa Pakatan Harapan perlu segera membuat kerjasama bersyarat dengan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketuanya, Sany Hamzan berkata, gelombang yang telah disemarakkan oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan 1MDB perlu dimanfaat sebaik mungkin bagi menyelamatkan negara daripada kemelut ekonomi dan politik.