Orang ramai bertempiaran lari, Peru dilanda gempa 8.0 magnitud

  • 5 years ago
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 11 lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda utara Peru pada pagi Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan ketua Pusat Operasi Kecemasan Nasional (COEN) Ricardo Seijas.

Dario Munoz, 48, seorang penduduk San Ignacio, yang terletak di bahagian utara Cajamarca, meninggal dunia selepas seketul batu besar menghempap rumahnya.

Tumpuan gempa yang berlaku pada pukul 2.41 pagi waktu tempatan (0741 GMT), terletak di kedalaman 141 kilometer dalam wilayah Alto Amazonas di utara bahagian Loreto, menurut Institut Geofizik Peru (IGP).

Seijas berkata gempa itu telah memusnahkan kira-kira 130 kediaman, tiga sekolah dan enam klinik atau hospital.

Gempa kuat turut dirasai di Ecuador, Colombia, Brazil dan Bolivia. - Bernama

Recommended