Taiwan dilanda gempa 6.4 magnitud, bangunan runtuh

  • 6 years ago
Dua maut manakala lebih 100 lagi cedera, dengan beberapa orang kritikal, selepas satu gempa bumi kuat yang berlaku pada lewat Selasa menyebabkan beberapa bangunan di Hualien runtuh, lapor agensi rasmi Taiwan The Executive Yuan pada hari Rabu.

Menurut anggota bomba, sejumlah 116 orang telah dipindahkan dari Hotel Martial yang terletak di Bandar Hualien selepas tingkat satu hingga tiga bangunan itu musnah.

Bangunan itu mempunyai 11 tingkat.

Anggota bomba dan tentera sedang menjalankan misi menyelamat.

Sementara itu, pasukan penyelamat yang terdiri daripada 33 anggota dan dua ekor anjing bersiap siaga untuk berlepas dari Taipei bagi menyertai misi tersebut.

Pusat operasi kecemasan kerajaan Hualien County melaporkan bahawa bencana alam itu telah menyebabkan enam bangunan runtuh, sebuah hospital tentera senget dan Jambatan Hualien yang menghubungkan Bandar Hualien dengan lebuh raya pesisir rosak.

Beberapa bahagian Lebuhraya Suhua turut ditutup.