Reaksi Menteri PH setuju kemakmuran bersama untuk tahun kedua K'jaan PH
  • 5 years ago
Menurut Azmin Ali, apa yang hendak disampaikan oleh Perdana Menteri ialah definisi Kerajaan baru iaitu pentadbiran kerajaan baru yang berteraskan kebertanggungjawaban, integriti dan peduli rakyat bagi memulihkan negara dan bangkit sebagai Harimau Asia.

Manakala Menteri Pertahanan memberitahu, tahun pertama ialah memerangi rasuah dan institusi awam di tahap penting.

Dia juga yakin ekonomi tahun kedua akan lebih dipacu baik.

Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia adalah sangat meyakinkan dan bersetuju dengan kemakmuran bersama., dan janjinya selepas ini jurang pendapatan akan dirapatkan.

Menteri Luar Bandar Rina Harun juga turut bersetuju tahun pertama ini ialah untuk memerangi rasuah dan membina negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Rawa memberitahu pemberita, tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran kerajaan dimana menteri diberi kad report untuk memastikan amanah yang disampaikan kepada rakyat.