K'jaan PH tak pernah luluskan tukar Perdana ke Vellfire - Lim
  • 2 years ago
Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meluluskan pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Menteri Persekutuan daripada Proton Perdana 2.4 Premium kepada Toyota Vellfire 2.5L.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Lim yang juga Menteri Kewangan era pentadbiran PH berkata, ia bertentangan dengan kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini bahawa keputusan kerajaan menggantikan kenderaan rasmi itu dipertimbangkan semasa pentadbiran terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan tahun ini.
Recommended