TERKINI : 'Biar SPR Siasat' - Anwar Ibrahim
  • 5 years ago
PORT DICKSON - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa agar membuat siasatan terhadap dakwaan seorang calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang memberikan makanan percuma kepada pengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata badan itu perlu melakukan siasatan kerana ia jelas melanggar Akta Pilihan Raya 1954.

"Itu biar SPR yang siasat," katanya selepas melawat Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Linggi sebentar tadi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended